CATATAN RINDU SI DHUYUFUR RAHMAN
Minggu depan , umat Islam akan menyambut aidil adha 1441H @ 2020 dalam suasana PKPP. Ibadat haji pada tahun ini hanya untuk umat Islam di Arab Saudi sahaja. Mengikut SOP yang telah ditetapkan. Siapa pernah menduga keadaan seperti ini akan berlaku… semua ini dengan kehendakNya. Alharamain sunyi sejak Mac yang lalu. Allahu… Sebut sahaja Alharamain , fikiran pasti melayang terkenang memori terindah sebagai Dhuyufur Rahman 2016. 4 tahun yang lepas. namun semuanya masih segar bagai baru semalam menjadi tetamuNya. Catatan ku mulakan dengan tawaran dari LTH Dec 2015 kami menerima surat tawaran dari LTH … Alhamdulillah syukur tidak terhingga. Kami segera memberi jawapan Mulalah kami mengikuti kursus-kursus anjuran LTH. Walaupun terkadang kami te ...