CATATAN RINDU SI DHUYUFUR RAHMAN


Minggu depan , umat Islam akan menyambut aidil adha 1441H @ 2020 dalam suasana PKPP. 

Ibadat haji pada tahun ini hanya untuk umat Islam di Arab Saudi sahaja. Mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Siapa pernah menduga keadaan seperti ini akan berlaku… semua ini dengan kehendakNya. Alharamain sunyi sejak Mac yang lalu. Allahu…

Sebut sahaja Alharamain , fikiran pasti melayang  terkenang memori terindah sebagai Dhuyufur Rahman 2016. 4 tahun yang lepas. namun semuanya masih segar bagai baru semalam menjadi tetamuNya.
 
         
                              
Catatan ku mulakan dengan tawaran dari LTH
 
Dec 2015 kami menerima surat tawaran dari LTH … Alhamdulillah syukur tidak terhingga. Kami segera memberi jawapan

       Mulalah kami mengikuti kursus-kursus anjuran LTH. Walaupun terkadang kami         te   tergelincir, namun kami  cuba ganti dengan menghadiri di tempat lain.

Semua persiapan  zahir dan batin kami sediakan dengan penuh kesungguhan Siang malam berdoa.Memohon kepada yang Esa. Kursus intensif dan kursus Perdana anjuran LTH kami hadiri dengan sepenuh  hati dan jiwa … kerana mengharapkan Haji Mabrur .Lantaran tawaran Allah untuk yang memiliki Haji Mabrur itu sangat kami dambakan. 
 

Aku menghadapi masalah kesihatan….

Sebulan sebelum Ramadhan, kami dikehendaki melakukan medical check up di pusat kesihatan yang ditetapkan . Suamiku sihat dan lulus kesihatan ( Hijau ). Namun aku tidak berjaya..dup..

Mulalah ulang alik ke klinik kesihatan untuk check up seterusnya, 3 minggu berturut-turut ke klinik..  tidak berjaya juga… dipanjangkan surat ke Klinik lain pula…aduh..semangat kian jatuh ..

Namun Alhamdulillah Allah beri jalan… nasihat dari rakan-rakan kursus. Kami ke klinik bersebelahan TH .. check up agak teliti. Dan Pasport berjaya diserahkan kepada TH sehari sebelum dateline..lulus tapi ( Kuning )Syukur…

Kami meninggalkan anak kecil…

Anak tunggal kami berusia 6 tahun.. sedih juga nak tinggalkannya. Namun perasaan itu perlu diatasi.Terima kasih keluarga&rakan-rakan .. beri semangat.Terima kasih buat adikku@Nor Khalijah Samikin sekeluarga & mak mertuaku

Terima kasih keluarga , rakan , jiran & semua …

Ibu mertuaku buatkan kenduri doa selamat di Ipoh dua minggu sebelum itu. Terima kasih mak..

Seminggu sebelum berangkat , kami buat majlis doa selamat di surau perumahan kami tinggal… terima kasin keluargaku ,jiran-jiran yang baik...saudara mara , rakan-rakan guruku dan rakan-rakan guru suamiku serta anak didikku yang hadir…membantu mendoakan kami.

Mak dan bapak tinggal dirumahku selama seminggu sebelum kami berangkat...Syukur ya Allah , mereka berdua sangat membantu tanpa lelah.Saudara mara jauh dan dekat , rakan –rakan termasuk juga teman sekolah rendahku , jiran-jiran ,  datang menziarahi sambal berkongsi pengalaman , terima kasih semua.

Hari Khamis 25 Ogos 2016 majlis dengan guru sesi petang.

Hari Jumaat 26 Ogos 2016 ,(guru pagi) di sekolahku dan sekolah suamiku diadakan majlis bacaan Yasin , doa selamat  dan majlis makan-makan sempena keberangkatanku menunaikan haji.Syahdu bacaan doa oleh anak didikku Muhammad Ajwad …terima kasih pentadbir , KGSS ,rakan-rakan, anak didikku dan seluruh warga SMKBRP dan SMKSK.Termasuk allahyarhamah Pn Norha Hamzah mantan pengetuaku yang datang bertemu denganku mengucapkan selamat menunaikan haji
 
 



 Perjalanan Bermula

Tanggal 27 Ogos 2016.Seawal jam 3.00pagi , Kami melangkah memulakan perjalanan jiwa sebagai Dhuyufur Rahman.  


      

Permulaan Yang Indah…

Melangkah masuk di Kelana Jaya,mendengar taklimat dan bas telah sedia menanti, berbaris 10 buah bas.Kami pun terus menaiki bas, kira-kira jam 10.00 pagi menuju ke KLIA. 10 buah bas diiringi oleh polis di hadapan dan belakang. Perjalanan sangat lancar… Semua Jemaah haji bagai VIP .. Allahu begitu bagus layanan buat semua  tetamu Allah dari Malaysia.

Kira-kira jam 11.00 pagi , bas kami memasuki perkarangan KLIA.. bas terus je masuk ke dalam .. keluar dari bas terus masuk dan naik tangga eskelator dan terus sampai di balai menunggu untuk masuk flight… Sekali lagi , kami terasa bagai VIP …Terima kasih Allah atas nikmat ini… sangat dipermudahkan untuk semua Jemaah Malaysia.Tak perlu berjalan jauh , tak perlu beratur.

Kira-kira jam 12.00 tengahari kami masuk kedalam flight SAUDI AIR.

Doa musafir dibaca, mulalah bertalbiah…dan kami niat haji di dalam flight 

8 jam tak terasa, dah sampai.  

 

Tiba di Jeddah…

Alhamdulillah ,kami tiba di Jeddah airport pada jam 4.15 petang@27/8/2016 Petugas Tabung Haji telah menunggu ketibaan kami.Kami terus solat asar dahulu sebelum keluar.

Usai solat asar, kami mula beratur di kaunter imigresen . Alhamdulillah  jam 6.00 petang kami telah berada di luar. Masing-masing duduk menunggu untuk menaiki bas. Masing-masing mengisi masa dengan zikir dan bacaan Quran.

Jarak antara Jeddah dengan Mekah lebih kurang 82km@1 jam 15minit perjalanan. Namun pada musim haji perjalanan memakan masa lebih dari itu.

Kami solat maghrib dulu sebelum meneruskan perjalanan .Lebih kurang jam 7.00malam bas kami bergerak menuju ke Makkatul Mukarramah.Perjalanan  lebih kurang 2 jam dan pada pukul 9.00 malam kami tiba di depan Hotel Land Premium Makkatul Mukarramah.Syukur.

Land Premium…

Di depan pintu masuk hotel , kami disambut dengan layanan mesra. Naik tanpa membawa sebarang beg atau bagasi.Dan terus ke bilik, aku orang pertama masuk bilik. Cantik biliknya.. bersih kemas..ada empat katil .. maknanya aku akan mendapat tiga sahabat haji.

Dan akhirnya tiga sahabat hajiku pun sampai , kami berkenalan mesra. Semuanya dari negeri yang sama@Selangor. Kak Zaidah suri rumah yang cantik manis, Kak Jamilah Ramlan@kak J guru Bahasa Melayu di SMK Serendah  dan kak Siti Guru Besar yang kelihatannya tegas namun sangat baik hati.Kami mula bersahabat akrab.Kami bersama 39 hari di bumi Haramain.

Dhuyufur Rahman

28/8/20216 hari kedua di Makkah.

Atas nasihat dari petugas LTH , kami solat subuh di surau hotel. Pukul  3.00 kami turun ke surau.. ramai .. Alhamdulillah ada tempat untuk kami.subuh masuk pukul 4.30 pagi. Usai subuh kami terus ke masjidil haram.Jarak antara Land Premium ke Masjidil Haram 900m.

Kami menerima berita , rakan yang sama flight ada yang meninggal dunia. Allahu  ...meninggal dalam ihram sungguh bertuah

Pukul 5.00 pagi , kami melangkah menuju ke Masjidil Haram…Dalam perjalanan tanganku sentiasa berpaut dengan suami berlapik kain ihramnya. Diawal langkah kami saling memohon maaf atas segala salah dan dosa. Langkah demi langkah kami iringi dengan talbiah dan air mata … Aku datang kepadaMu ya Allah...

20 minit berjalan kaki kami tiba di Masjidil Haram, kami masuk melalui pintu Malik Fahd , ini lah pintu masuk kami setiap hari. Langkah ke dalam masjid, terus berjalan sampai di hadapan Ka’abah.. Allahu akbar.. air mata sangat murah…

Kami tawaf qudum , ramainya Jemaah , namun ada tempat yang Allah sediakan buat kami. 7 pusingan rasa sekejap je.. dapat keliling berhampiran ka’abah. Alhamdulillah.Lepas tawaf , solat sunat dan minum air zma-zam. Kami ke Safa dan Marwa, lakukan saie sunat…tidak tahallul.. kerana kami mengerjakan haji ifrad.Usai saie… kami jalan-jalan meninjau  dalam masjid kami menghampri Ka’abah lagi, ada ruang kami duduk dan solat dhuha di dataran hadapan Ka’abah…Melihat ramainya manusia… semuanya tetamu Allah.

Jam menunjukkan 8.58 pagi, kami berselfie buat kenangan.Kami berjalan lagi di dalam masjid , kami menaiki tangga di hadapan Ka’abah, dari situ kami melihat lautan insan … kami keluar dari masjid dan mencari makanan alas perut.Dan masuk semula ke dalam masjid, mencari posisi yang hampir dengan Ka’abah…duduk I’tikaf menanti zohor sambal membaca kalam suci


                                                                               

Kami tidak pulang ke hotel sehingga asar. Usai asar , kami balik ke hotel sebab nak beli air zam-zam untuk dipos ke Malaysia. Beli air zam-zam di lobi hotel. Petang tu , hujan… kami bergegas ke masjid semula tanpa naik bilik.

Usai isyak kami balik ke hotel dan makan malam 

   

29/8/20216 hari ketiga di Makkah

Jam 2.00 pagi kami berjalan menuju ke masjid…Ramai yang berjalan seperti kami.. masing-masing membawa hati kepada Allah.

Sampai di masjid , cari posisi yang boleh nampak Ka’abah ,dapat duduk bersetentang hijir Ismail. Qiam , zikir & baca Quran , damainya… orang yang disekeliling pun tidak sombong.. walaupun tidak mengenali kita.. ada yang ramah dan bertegur sapa.

Usai subuh.. kami menghampiri Ka’abah dengan jarak dekat iaitu di dataran … tengok Ka’abah kami duduk bersila sambil zikir … suami bisik.. tengok puas-puas, Allah beri pahala. Setelah solat dhuha, kami keluar mencari sarapan di Safwa Tower.. lepas sarapan kami masuk dalam masjid semula.Lepas solat zohor kami  keluar , makan tengahari lepas makan masuk dalam masjid semula , malam baru kami balik ke hotel.

30 /8/2016 hari keempat di Makkah

 Kami ulangi rutin yang sama dengan hari-hari sebelum ini. Kerana , ia sangat membahagiakan 

    


Perjalanan pulang ke hotel

31 /8/2016 hari kelima di Makkah

Kami ulangi rutin yang sama dengan hari-hari sebelum ini. Damainya hati ini.Suami ikuti pengajian dan talaqqi di dalam masjid. Lepas isya’ kami balik, di perjalanan kami beli barang , sampai di lobi hotel terus pos barang yang dibeli tadi. Naik atas ambil makanan dan makan bersama suami .

Masuk ke bilik , masa bersama sahabat sebilik…masing-masing bercerita .. seronok je kami.. mesra sangat.

Suamiku ikuti talaqqi di masjid

01 /9/2016 hari keenam di Makkah

Hasrat untuk meneruskan rutin yang sama dimuhasabah semula, ada perkara lain yang perlu difikirkan juga … kami ubah jadual …takut terlepas perjumpaan oleh LTH pada masa-masa tertentu.Biasanya pukul 9.00 pagi.

Pukul 2.00 pagi ke masjid seperti biasa, lepas subuh ke dataran tengok Ka’abah puas-puas dan solat dhuha… Usai dhuha, kami balik ke hotel, beli sarapan dan sarapan bersama rakan sebilik dan pasangannya…kadang kami sarapan enam orang@3 pasang.. di ruang luar bilik…

Setelah sarapan , saya akan basuh baju dan naik ke sutuh untuk sidai kain ditemani oleh suami setiap hari mulai hari ini.Kami buat ampaian dengan tali dapat bersama sahabat sebilik.Dapat berehat sebelum waktu zohor.. Zohor kami solat berjemaah di hotel dan makan tengahari . Selepas makan , kami bersiap ke masjid… selepas Isya’ baru balik..

Kami hendaklah prihatin dengan makluman terkini dari LTH.Kami hendaklah sentiasa ikuti dan patuh arahan LTH. Mendengar nasihat dan tazkirah dari ustaz dan ustazah LTH


02 /9/2016 hari ketujuh di Makkah

Meneruskan jadual harian dengan hati yang bahagia. Menanti 9 zulhijjah. Lepas Isya’ boleh balik lewat sikit .. sempatlah tawaf sunat.. tengok Ka’abah.

langit di Masjidil Haram pada 1 Zulhijjah 1437H
Malam 1 Zulhijjah 1437H

 

03 /9/2016 hari kelapan di Makkah

Aktiviti seperti biasa. Tidak ada apa-apa masalah yang perlu difikirkan. Jaga makan dan jaga kesihatan. Setiap hari, kami akan minum susu segar.  



   04/9/2016 hari kesembilan di Makkah



 

05 /9/2016 hari kesepuluh di Makkah

Hari ini kami bertemu sahabat yang pernah sama-sama mengajar di  Maahad Ummah iaitu Izra dan suaminya Azizi



Pintu Malik Fahd 

hari-hari kami masuk & keluar masjid melaluinya

06 /9/2016 hari kesebelas di Makkah

Hari ini , kami bertemu dengan sepupu suamiku @Meah dan suaminya dari guru di Negeri Sembilan. 



07 /9/2016 hari kedua belas di Makkah

Hari ini , kami bertemu dengan Datuk Nuh Bin Gadut bersama kerabat Diraja Johor ,Datuk Nuh Gadut cakap dengan kami , buat haji ifrad ye…



08 /9/2016 hari ketiga belas di Makkah

....Buat rutin yang membahagiakan seperti biasa



09 /9/2016 hari keempat belas di Makkah= 7 Zulhijjah 1430H

Pagi ini , Datuk Seri  Jamil Khir Bin Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri datang ke hotel Land Premium memberikan taujihat buat kami yang bakal berwuquf pada 9 Zulhijjah 



10 /9/2016 hari kelima belas di Makkah= 8 Zulhijjah 1437H

Jemaah sudah mula pergi ke Arafah sejak pagi lagi , Jemaah yang tinggal di Land Premium akan bertolak pada sebelum maghrib.

Sebelum zohor , aku ke masjid ..lengang je suasana di masjid kerana ramai Jemaah yang telah pergi ke Arafah.kami bertolak selepas maghrib . Sampai di Arafah , kami terus ke khemah yang disediakan. Malam tu rasa macam tak nak tidur , namun tidur juga seketika … untuk membolehkan tahajjud





 

11 /9/2016 hari keenam  belas di Makkah= 9 Zulhijjah 1437H

Kami berada di Padang Arafah… berada di khemah yang disediakan oleh LTH. Alhamdulillah , kami selesa. Bekalan makanan yang sangat mencukupi. Hati dan jiwa kami hanya padaMu ya Rab…

Kami sentiasa berzikir , membaca Quran & solat sunat .Masing-masing buat kebaikan.

Khutbah telah bermula, kami khusyuk mendengarnya… azan zohor berkumandang , air mata tidak tertahan lagi… deras mengalir tanpa henti. Secara rasminya kami telah mengerjakan haji @ rukun Islam ke lima. Di sinilah Rasulullah memberikan ktutbah terakhirnya pada tahun terakhir hayat baginda.

Selepas selesai solat zohor , masing-masing bersama pasangan mencari tempat yang tiada teduhan, berdoa dan berdoa tanpa henti…sehingga selepas maghrib , kami bergerak ke Muzdalifah.

(( Tiada gambar kenangan di Arafah  ))

Kami singgah sebentar di Muzdalifah malam itu, mencari anak-anak batu di tempat duduk kami …disinari cahaya neon nan indah.





12/9/2016 hari ketujuh belas di Makkah= 10 Zulhijjah 1437H

Agak lewat baru kami bergerak ke Mina..kerana ramai Jemaah haji, laluan ke Mina sesak. Kami sampai di Mina pada jam 2.00 pagi. Alhamdulillah… kami ke khemah untuk letakkan barang.

Pada pukul 2.32 pagi  memulakan perjalanan untuk  melontar Jamrah Aqabah dikenali juga dengan Jamrah Kubro .Perjalanan untuk melontar kira-kira 7 km… tapi ramainya insan tak terasa sejauh 7 km.Polis ramai di mana-mana.. ada yang sembur air ke arah kami dengan mesra dan tersenyum-senyum , moga-moga Allah beri pahala buat kalian.

Sampai di jamrah , agak lapang dapat melontar dengan jarak yang sangat dekat …usai melontar , kami balik ke khemah.. subuh kami sampai di khemah.

Masing-masing bertahallul .Iaitu tahallul awwal . Alhamdulillah tinggal tiga pantang larang ihram je yang tak boleh buat.Sepuluh pantang larang dah bebas.

Selepas subuh, kami berkenalan dengan ramai lagi sahabat haji … 20 orang satu khemah.

 Hari ini 10 Zulhijjah 1437H , hari raya aidil adha. Di sebut juga hari Nahar.      Kami bermabit di Mina selama tiga hari iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah  iaitu hari Tasyriq



13/9/2016 hari kelapan belas di Makkah= 11 Zulhijjah 1437H

Melontar Jamrah 11 zulhijjah  , kami pergi pukul 7.30 pagi.. Sampai di jamarat lapang juga , Alhamdulillah.. Jumpa orang mesir sekeluarga sempat sembang-sembang dengan mereka dan bergambar kenangan




 

14/9/2016 hari kesembilan belas di Makkah= 12 Zulhijjah 1437H

Melontar Jamrah 12 zulhijjah  , kami pergi pukul 7.30 pagi.. Sampai di jamarat lapang seperti semalam juga, sempat bergambar kenangan selepas melontar. Bersama polis petugas.


15/9/2016 hari kedua puluh di Makkah= 13 Zulhijjah 1437H

Melontar hari ke 13 zulhijjah, Alhamdulillah. Selesai Wajib Haji kami dengan lancar.Tiga hari berada di Mina.. kenangan menyeronokkan. Dalam khemah saya menjadi imam pada setiap kali solat . Kami saling beramah mesra, semuanya baik-baik . Bertambah sahabat haji kami.

Di Mina juga, aku terjumpa kakak angkatku dan adik iparnya , ( Kak Rubiah dan kak wati ) dan jumpa Ustazah Zawiyah …

Saya juga dapat membantu dua orang makcik yang tersesat .pada hari 11 Zulhijjah dan 12 Zulhijjah.

Hari ini , usai melontar Jemaah pulang ke Makkah@hotel.Sebelum balik ke Makkah , sempat saya bergambar di khemah suami. Masa ni ramai yang dah balik .


Kami menaiki bas untuk balik ke hotel , sampai di hotel tengahari .Masing-masing berehat sebentar sebelum ke masjid. Maklumlah empat hari tak ke masjid… rindu nak tengok Ka’abah puas-puas.

Pukul 2.00 petang kami ke masjid , mengulangi rutin .. kali ini kami terus mengerjakan tawaf rukun dan saie rukun haji serta bertahallul . Alhamdulillah Allah mudahkan juga urusan kami. Masa tawaf , ramai sangat namun dapat juga keliling berhampiran Ka’abah. Syukur ya Allah. Kami dapat menyelesaikan semua rukun dan wajib haji.

Usai isya’ malam itu, kami hampiri Ka’abah  … tatap Ka’abah lagi…sambil zikir , baca kalam suci ( target mesti khatam  sebelum ke Madinah )dan bergambar kenangan di hadapan Ka’abah sebelum keluar masjid.

Kali ini , cinta hati saya tak pakai pakaian ihram dah…


 

16/9/2016 hari kedua puluh satu  di Makkah= 14 Zulhijjah 1437H

Kami mengulangi rutin sebelum pergi ke Arafah…ke masjid.Hari ini , sahabatku dari Malaysia@ Yuwaida khabarkan kakaknya yang sama-sama mengerjakan haji dengan kami tak sihat dan masuk wad.

Saya dan suami bercadang nak ziarah di hospital esok .Selepas asar.

Hari ini kami kerjakan umrah haji.

( tiada gambar kenangan pada hari ini )

 

17/9/2016 hari kedua puluh dua di Makkah= 15 Zulhijjah 1437H

Seawal 2.00 pagi kami dah turun untuk ke masjid seperti biasa, ketika dalam perjalanan suamiku batuk –batuk sedikit… sebelum ni selama 19 hari Alhamdulillah sihat walafiat.

Usai dhuha dan tawaf sunat, kami balik untuk sarapan.. suami kata , rasa tak sedap badan.. Allahu risau saya.

Selepas sarapan suami berehat@tidur di biliknya…

Masa makan tengahari, kulihat suamiku macam lesu je,pegang dahinya agak panas… selepas solat zohor berjamaah di hotel , ku bawa suami ke klinik di hotel. Ramai juga orang yang tak sihat di situ  , hampir sejam juga baru urusan selesai. Saya kata pada suami, asar ni kita Jemaah di hotel sahaja sebab keadaan kesihatannya tak berapa baik. Usai asar , aku ke restoran yang berhampiran dengan hotel.. beli nasi arab … makan dengan suami dan beliau makan ubat.Moga-moga cepat kebah demamnya. Maghrib dan isya’ pun kami solat berjamaah di hotel. Ketika solat isya’ kedengan imam adalah suamiku.. Alhamdulillah badan dah rasa ringan katanya..

Plan nak ke hospital untuk ziarah kakak Yuwaida dibatalkan asbab suamiku demam.

( tiada gambar kenangan juga pada hari ini )

  

18/9/2016 hari kedua puluh tiga di Makkah= 16 Zulhijjah 1437H

Sebelum pukul 2.00 pagi , suami call… kita ke masjid macam biasa katanya. Alhamdulillah beliau telah sihat sepenuhnya.. Cuma ada batuk-batuk sedikt.

Kami pun ikut rutin harian, usai dhuha kami balik dan sarapan…

Hari ini , kami akan ziarah ke Jeddah, disebabkan jarak antara Mekah dan Jedah melebihi dua marhalah, kami melakukan tawaf wada’.. dalam pukul 10.00 kami ke masjid untuk tawaf wada’.. pukul 11.30 kami memulakan perjalanan ziarah ke Jeddah menaiki bas bersama rakan-rakan. Kami tiba waktu asar dan terus solat di Masjid Ar- Rahmah yang dikenali juga sebagai masjid terapung.

Melihat pemandangan di Kota Jeddah , sangat indah , kami menyusuri tepian pantai.

Kami menuju ke makam Hawa.. tengok dari atas bas sahaja, kerana makam ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi dan tidak mengizinkan penziarah untuk berdoa di makan tersebut. Kami baca doa dari atas bas sahaja.

Bas terus membawa kami ke masjid Qisas , diberi gelaran begitu kerana hukuman qisas dilakukan di tempat ini.

Dan destinasi terakhir kami di Jeddah ialah , Jeddah Mall, kami diberi masa untuk berjalan-jalan di situ.  

Malam baru kami balik , dalam perjalanan balik kami singgah di Bir Ali untuk solat  dan niat ihram di miqat. Buat umrah .                  




19/9/2016 hari kedua puluh empat di Makkah= 17 Zulhijjah 1437H

Rutin seperti biasa ke masjid pada pukul 2.00 pagi . Usai dhuha kami balik dan sarapan. Selepas sarapan kami mula berjalan-jalan di lorong hotel , membeli buah tangan untuk yang ditinggalkan di tanah air. Setelah membeli barang lebih kurang pukul 11.55 kami balik ke hotel membawa barang yang dibeli, barang terus kami bawa ke pos laju di lobi hotel dan tinggalkan di situ kerana kotak belum penuh , jadi esok boleh tambah lagi



20/9/2016 hari kedua puluh lima di Makkah= 18 Zulhijjah 1437H

Aktiviti rutin seperti biasa . Sebelum balik , kami singgah di Safwa Tower , beli buah tangan.23 hari kami berada di sini rasa macam baru sampi semalam je… sambil berjalan pulang dari Safwa Tower , tiba-tiba beg sandangku dari LTH terjatuh ke bumi , eh .. ku ambil , rupanya tali beg terputus….muatan beg ku setiap hari ialah Sejadah , Quran, botol spray wudhuk & air zam-zam



 

21/9/2016 hari kedua puluh enam di Makkah= 19 Zulhijjah 1437H

Seperti biasa , kami ke masjid. Usai dhuha kami balik dan sarapan. Hari ini kami menyertai ziarah sekitar kota Makkah. Pukul 8.30 pagi kami mulakan ziarah bersama ahli rombongan menaiki bas.

Destinasi pertama kami ialah, Muzium Alharamain ( 9.00 pagi ) ; lokasinya di tengah antara Mekah dan Hudaibiyah( Ummul Joud Makkah ) menampilkan budaya dan sejarah dua masjid suci iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Di dalamnya terdapat pameran berupa gambar juga model dari dua masjid suci ini.Terdapat juga model barang-barang berharga serta tulisan yang berkaitan dengan Masjidil Haram seperti mimbar , cokmar ,pintu ka’abah , maqam Ibrahim , bekas hajar Aswad , kiswah dan lain-lain lagi.

Ada juga ruangan pameran gambar dari dua masjid ini. Gambar-gambarnya sangat cantik.

Selain daripada itu, ada ruangan manuskrip dengan mempamerkan Al-Quran tulisan tangan pada zaman sayyidida Uthman bin Affan.

Dipamerkan juga model lama telaga zam-zam seperti rim yang digantung timba di atasnya.

Kesemua barang-barang pameran disusun rapi dan indah sekali. Gambar-gambar digantung di dinding yang luas, ada barang tertentu diletak di dalam bekas kaca .

Seronok sangat berpeluang melawat muzium ini .Dapat juga mengetahui sejarah perkembangan dua masjid suci ini. Sejam kami berada di sini.








Pukul 10.00 pagi , kami meneruskan destinasi ziarah pada pagi ini iaitu ke Hudaibiyah . Jarak antara Makkah dengan Hudaibiyah lebih kurang 26 km ,ia bersempadan dengan tanah haram.Hudaibiyah adalah salah satu diantara tempat miqat yang menjadi kunjungan Jemaah haji dan umrah.

Sebelum tiba di Hudaibiyah, kami singgah di satu kawasan di situ kami membeli minyk unta , susu unta . kami tidak dibenarkan membuat lawatan ke ladang unta. Dan kami semua patuh .

Pukul 11.00 pagi , kami tiba di masjid hudaibiyah. Hati kecilku terlintas sirah yang pernah berlaku di sini pada tanggal 6 hijrah yang lampau… ketika Rasulullah dan ahli rombongan berhajat menunaikan haji. Berlakunya perjanjian Hudaibiyah ketika itu antara Muslimin dan Quraisy .

Kami berniat ihram umrah dan terus ke masjidil haram .. kami di turunkan berhampiran dengan hotel Janadriyah… kami berjalan kaki dan masuk masjid  melalui pintu babus salam.

Usai zohor kami balik ke hotel untuk makan tengahari. Dan ke masjid semula sehingga isyak… lewat baru kami balik ke hotel sebab nak duduk puas-puas di masjid


22/9/2016 hari kedua puluh tujuh di Makkah= 20 Zulhijjah 1437H

Mengulangi rutin tanpa jemu , pagi ini jam 2.22 pagi kami telah berada di dalam masjid , laju je kami melangkah , kami jumpa kakak angkat dan suaminya. Usai subuh kira-kira pukul 4.30 pagi , kami terus mengerjakan umrah , kami telah berniat ihram malam tadi. Lebih kurang pukul 6.15 pagi kami telah selesai . Kami ambil peluang mengambil gambar di beberapa posisi dalam masjid. Jemaah haji masih ramai lagi walaupun ramai juga yang telah beransur pulang ke tanah air masing-masing.

Lepas zohor , kami jalan-jalan lagi untuk beli barang di Bin Daoud Zam Zam Tower. Kali ini kami bertemu dengan rakan asatizah Gombak iaitu ustazah Hilmiyah Binti Datuk Hasan Azhari.

Dan membeli Quran untu waqaf kiriman teman .

Antara asar hingga isyak aku duduk bersebelahan dengan orang Melayu yang tinggal di US… ramah orangnya , masih muda.. banyak juga bersembang denganku . Datang mengerjakan haji bersama suaminya selama 14 hari sahaja tak ke Madinah pun katanya. Esok dah nak balik US.

Antara maghrib dan isyak , duduk bersebelahan kananku seorang ibu muda bersama anaknya yang comel , asyik menangis je anaknya aku cuba pujuk… terus si comel itu duduk diribaanku.














23/9/2016 hari kedua puluh lapan di Makkah= 21 Zulhijjah 1437H

Usai isyak 22/9 kami I’tikaf di masjid , mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Kami jumpa kucing .Seronokny kucing tu..

Jumaat terakhirku di Masjidil Haram pada kali ini.

Usai isyak malam 23/9 itu , setelah makan malam baru kami ke Tan’im untuk niat umrah. Pukul 12.50 baru selesai umrah kami. Kali ini semasa sai’e kami menaiki skuter… hihi nak merasa.

Usai buat umrah , kami  I’tikaf hingga subuh. 24/9










24/9/2016 hari kedua puluh sembilan di Makkah= 22 Zulhijjah 1437H

Usai subuh pagi ini kami keluar agak awal daripada biasa , agak keletihan semalaman tidak tidur. 5.45 kami telah di luar masjid.Mengambil gambar kenangan di hadapan pintu Malik Fahd.

Malam itu kami balik awal selepas isyak , sebab nak datang awal untuk tawaf wida’ nanti… sayu hatiku…dah nak tinggalkan masjidil haram.

Sebelum balik sempat ku khatamkan bacaan Quranku .. syukur. Suamiku sempat khatam dua kali , tapi aku sekali je.

Balik bilik dan packing barang







 

25/9/2016 hari ketiga puluh di Makkah= 23 Zulhijjah 1437H

Hari terakhir ku di sini buat kali ini.Seawal 1.00 pagi kami dah menuju ke Masjidil Haram..kali ini kami nak cepat sampai ke masjid , jadi kami menaiki teksi .. cepat je sampai .

Masuk masjid , kami solat dan i’tikaf.Nak duduk puas-puas sebelum berpisah, kami solat , zikir, ngaji , tengok Ka’abah.. hati kian sedih.

Jam 3.30 pagi kami mulakan tawaf wida’… sayu…pukul 4.00 pagi kami lambai ke arah Ka’abah dan ucap selamat tinggal mohon padaNya jemput lagi kami ke sini menjadi tetamuMu ya Allah.

4.30 pagi  subuh berjamaah di hotel dan terus menaiki bas(5.30 pagi )menuju ke Madinah pula.Perjalanan lancar . Di pertengahan jalan kami berhenti makan di rnr.

Perjalanan diteruskan dengan amannya, kulihat pemandangan padang pasir yang tandus di sepanjang jalan , sekali sekala kelihatan rombongan unta sedang berjalan-jalan di padang pasir barangkali sedang mencari makanan . Ada juga sekumpulan kambing biri-biri .

Jarak antara Mekah dengan Madinah bukanlah dekat iaitu lebih kurang 460km , perjalanan kami memakan masa lebih kurang 9 jam termasuk berhenti rehat di rnr.Allahu .. terkenang peristwa hijrah Rasulullah .. bukan mudah… 



 

25/9/2016 hari ketiga puluh di Makkah= 24 Zulhijjah 1437H

                  Hari pertama di Madinah

Akhirnya, waktu azan asar berkumandang kami sampai di Madinah , bas melewati kawasan masjid Nabawi kerana hotel kami sangat dekat dengan masjid. Dup jantungku terpandang masjid lantas ku snap sekeping foto…Hati ku meruntun untuk segera masuk ke dalamnya. Di situ ada jasad kekasih Allah.

Bas terus ke hotel Alharam 100meter jaraknya ke Masjid Nabawi. Kami naik ke hotel sebentar .. ambil wudhuk dan terus ke Masjid Nabawi. Asar pertamaku di Kota Madinah.Usai asar kami balik ke bilik . Sebilik lima orang. Tambah seorang lagi iaitu kak Yan.Maghrib kami ke masjid beramai-ramai… seronoknya hati kami. Dalam masjid ada karpet.. selesa sangat. Usai isyak baru kami balik , makan malam bersama di dewan makan hotel.. sangat selesa. Sambil makan kami dengar taklimat.

Antara ucapan petugas ialah  “… tahniah haji dan hajah kerana telah selesai mengerjakan ibadat haji , Sebenarnya jarak antara Land Premium dengan hotel ialah 1 km… 900meter hanyalah jarak hingga di luar masjid sahaja…”

Naik ke bilik dan dikhabarkan salah seorang rakan semaktab telah kembali kerahmatullah. Rakan tersebut duduk di tingkat 7 ,Kami ziarah dan bacakan yasin serta doa. 






 

26/9/2016 hari tiga puluh satu = 25 Zulhijjah 1437H

                  Hari kedua di Madinah

Pukul 4.00 pagi kami berjalan ke masjid, kami berpisah di pintu 25 dan janji jumpa lagi di pintu 25 juga. Masuk masjid , Alhamdulillah banyak ruang hadapan yang masih kosong. Kami pun solat , baca Quran , zikir sambil menanti subuh. Setelah selesai subuh , kami tidak tergesa-gesa untuk pulang.. duduk lagi dalam Masjid Nabi ini. Dah puas , baru kami keluar .Pukul 5.50 pagi baru kami keluar, beli sarapan dan makan bersama.

Aktiviti pagi ini ialah, Mula-mula kami di bawa ziarah Rasulullah dari luar iaitu di kubah hijau… air mata jatuh lagi di sini…Ku beri salam untuk kekasih Allah dan berdoa.Terkenang bagaimana susah payahnya baginda membawa risalah suci amanah Allah.  

Seterusnya misi ke Raudhah pula .  Allahumma yassir wala tuassir ( tak putus di hati ), 7.20 pagi kami masuk ikut pintu 25.. sampai di dalam kami solat tahiyatul masjid dan duduk dulu menunggu giliran sambil berzikir dengan tenang . Sampai giliran kami di panggil masuk , kami terus berjalan menuju ke Raudhah ,(Melalui beberapa check point ) air mata laju je jatuhnya sambil mulut kumat kamit membaca selawat dan zikir . 8.37 pagi , kami sampai di kawasan terhampir dengan Raudhah ,ku pandang atas kelihatan kubah hijau sangat hampir denganku maknanya jasad Rasulullah ada di bawah nya. kelihatan ramainya yang sedang berada di dalam Raudhah, air mata kian deras.. kami menunggu dengan tenang. Di sini lah kusampaikan salam dari mereka yang berkirim salam dengan Rasulullah.

Akhirnya jam 8.40 pagi , aku dapat masuk ke Raudhah @Taman Syurga yang di dalamnya ada kekasih Allah … tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasannku tika itu… ku hampiri maqam Sang Kekasih  Allah , Assalamulaka ya rasulallah… perlahan-perlahan aku menganjak ikut tepi  kerana ramainya insan… beri salam kepada Sayyidina Abu bakar…menganjak lagi ku beri salam buat sayyidina Umar Bin Al-Khattab… hajat ku nak berjalan terus ke depan sehingga saff pertama sebelum dinding depan namun, tiba-tiba tubuh ku tertolak ke kanan.. aku ikut je arus tu perlahan-lahan… di sisiku ada orang sedang solat.. tapi berhimpit-himpit… aku berhenti di tepi tiang @tiang yang bergaris emas …tiang pertama dari dinding hadapan,  polis wanita berdiri di situ..memandangku… aku terpaku.. tiba-tiba di depanku kosong.. lama juga kupandang karpet hijau itu , detikku.. ini bukan saff pertama.. tapi saff ke empat , spontan aku takbiratul ihram untuk solat taubat.. dua rekaat je dan berdoa..alhamdulillah tiada yang memijak tempat sujudku..terus aku ke arah kanan nak beri laluan kepada orang lain pula. Di kanan ialah laluan untuk keluar , ku masuk ke kawasan seolah berbumbung rendah di situ ada ruang yang kosong dan tidak berhimpit , kupandang karpetnya hijau.. Masih bersebelahan dengan tiang berlorek emas tadi tapi di bahagian kanannya ,aku duduk berdoa lagi dan lagi… tiada siapa yang menghimpit dan menolakku di situ … lama juga sempat aku solat dhuha di situ…

9.30 pagi baru aku beransur ikut laluan ke luar ada tulisan exit…

Itu je rezeki pertamaku di Raudhah pada pagi ini… ku tanam azam untuk datang lagi .Aku keluar perlahan je, singgah dalam masjid lagi.. baca Quran. 10.00 pagi baru keluar masjid , suami menunggu di luar. Sambil keluar ku terjumpa sahabat guruku Siti Munyra . Sempat kami bergambar kenangan.

Lepas zohor , kami ke masjid Quba’@masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam. Kami berwudhu’ siap-siap dari hotel dan sampai di sana , solat sunat dua rakaat… Nabi kata : “ Sesiapa yang pergi ke masjid Quba ‘ dalam keadaan berwhudu’dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah “Jadi , jangan lepaskan peluang yang Allah beri ini. Suamiku berbisik , hari-hari kita datang ke Masjid Quba’ye… aku angguk setuju.

Asar , maghrib , isya’ kami di masjid Nabawi..damainya hati.

Duduk puas-puas dalam masjid sambil I’tikaf. 

















27/9/2016 hari ketiga puluh dua = 26 Zulhijjah 1437H

                  Hari ketiga di Madinah Munawwarah

Aktiviti hari ini pula ialah, ziarah luar kota Madinah. Iaitu ke Jabal Uhud, Maqam Syuhada’ Uhud dan ke ladang tamar.

Sebelum zohor kami dah sampai di hotel… dan buat rutin ke masjid seperti biasa…Ke masjid Quba’ juga.

Dan ambil peluang bergambar kenangan di lobi hotel Al-Haram tempat kami tinggal.








28/9/2016 hari ketiga puluh tiga = 27 Zulhijjah 1437H

                  Hari keempat di Madinah Munawwarah

Keluar dari masjid pagi ini 6.30 pagi , kami sarapan bersama jiran kediaman kami iaitu En Musa dan isterinya kak Mazlita.

Hari ini , kami luangkan masa bersantai –santai ke Bin Daud dan kedai-kedai berhampiran…Kami temui kedai cenderamata Masjid Nabawi di pintu 17… beli sejadah Raudhah…. dan jalan –jalan lagi cari buah tangan.

Solat lima waktu di masjid masuk je waktu ,kami ke masjid beramai-ramai..tempat di dalam masjid ada je..



29/9/2016 hari ketiga puluh empat = 28 Zulhijjah 1437H

Hari kelima di Madinah Munawwarah                             

Hari ini , kami banyak duduk di dalam masjid. Dan ambil gambar di sekitar hotel





29/9/2016 hari ketiga puluh empat = 28 Zulhijjah 1437H

Hari kelima di Madinah Munawwarah                             

Hari ini , kami banyak duduk di dalam masjid. Dan ambil gambar di sekitar hotel




30/9/2016 hari ketiga puluh lima = 29 Zulhijjah 1437H

Hari keenam di Madinah Munawwarah  

Hari ini , aku ke Raudhah lagi …jam 12.00 pagi aku keluar dari hotel ditemani oleh kekasih hati… Ya Allah beri lah peluang buatku untuk bertenang-tenang di taman Syurga ini...

Kulangkah kan kaki dikeheningan pagi, berpisah dengan suami di pintu 25. Aku masuk masjid , sunyi je … kuteruskan langkah… sunyi juga… check point yang pernah kulalui sunyi tiada sesiapa… terus ku hayunkan kaki dengan laju sehingga di hadapan Raudhah… Allahu.. orang tak berapa ramai…aku duduk bertenang dahulu sekira-kira kupandang ke atas kulihat kubah hijau , kulihat jam ditangan menunjukkan 12.08 minit pagi. Dan kuteruskan langkahku memasuki Raudhah penuh beradab.. ku beri salam kepada Rasul , sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar.. agak lapang dan mudah sahaja untuk ke saff pertama , solat taubat.. solat tahajjud.. berdoa dan terus berdoa dengan tenang..ada juga beberapa Jemaah dari Malaysia..Syukur ya Allah …

12.55 pagi aku langkah ke luar… hati kecilku berbisik… aku akan ke sini lagi.

Kami balik ke hotel.. esoknya memulakan rutin biasa .Hari ini , usai subuh balik ke hotel dan kubertemu dengan sahabat lamaku Azizah Samaruddin.

Usai asar hari ini , kami nak pulang ke hotel , di tempat suamiku menunggu , tiba-tiba ada seorang kanak-kanak arab bernama Ahmad yang berusia 10 tahun menarik tanganku…lantas dia menunjukkan gerakan jarinya , ala-ala silap mata… kami melayan Ahmad  lebih kurang 15 minit.










 

01/10/2016 hari ketiga puluh enam = 30 Zulhijjah 1437H

Hari ketujuh di Madinah Munawwarah                             

Menjalani rutin harian, hari ini kami ikuti ziarah kota Madinah








02/10/2016 hari ketiga puluh tujuh = 01 Muharam 1438H

Hari kelapan di Madinah Munawwarah                             

 Usai subuh kami terus ke Masjid Quba’.Hari ini 1 Muharam 1438 hijrah , Alhamdulillah aku di bumi Madinah tempat hijrahnya kekasih Allah pada 1437 ribu tahun yang lampau atas perintah Allah. Seawal pagi lagi ku azam untuk ziarah nabi lagi di taman syurga@Raudhah.

Hari istimewa ini , aku melangkah lagi pada pukul 10.15 pagi. Berbekalkan doa moga-moga rezekiku mudah pada pagi 1 Muharam ini.. Laluan ikut check point agak lancar hari ini.. mungkin ramai Jemaah yang telah pulang..sampai di dalam Raudhah , ada ustazah dari Rayhar Travel yang bantu aku ketika aku solat di saff pertama dalam Raudhah bersama-sama jemaahnya… ustazah tu kata… solat dik, sambil dia senyum padaku.. terima kasih ustazah kataku kepadanya...10.54 pagi aku keluar dari Raudhah…

'Malam ini , kami bergambar kenangan di luar masjid setelah selesai isya






 

03/10/2016 hari ketiga puluh lapan = 02 Muharam 1438H

Hari kesembilan di Madinah Munawwarah                             

Hari ini, aku ke Raudhah lagi …jam 12.00 pagi aku keluar dari hotel ku ajak kak Zaidah sekali, ditemani oleh kekasih hati… Ya Allah beri lah peluang buatku untuk bertenang-tenang di taman Syurga ini lagi sambil hati tak putus-putus mohon padaNya.

Alhamdulillah , kupegang je tangan kak Zaidah… dapat solat di saff pertama juga.. puasnya hati kami..tampak gembiranya kak Zaidah.. syukur.

Usai subuh kami ke masjid quba’.

Pagi ini , kami ziarah sekitar Masjid Nabawi , kami berdua je.. Kami dapat naik buggy sekitar masjid , sebab dari pintu 25 nak ke pintu 5 agak jauh.. dan cuaca agak panas.

Destinasi kami ialah , Muzium Quran@The Holy Quran Exhibition yang berdekatan dengan pintu no 5.

Seterusnya kami ke Masjid Ghamamah , di sini rasulullah pernah solat dan ketika awam sentiasa ada di atasnya.

Setelah itu kami ke Masjid Abu Bakar, di sini juga Rasullah pernah solat .

Dari Masjid Abu Bakar kami menelusuri jalan menuju ke Masjid Sayyidina Ali Bin Abi Talib yang hampir dengan pintu nombor 7, jauh juga kami berjalan kaki…

Usai zohor hari ini kami sempat ke Bin Daoud lagi dan kedai-kedai sekitar situ.

Pukul 5.00 petang , kami ziarah perkuburan Baqi’ dan ziarah Rasulullah…ku mohon padaNya.. Ya Allah jemput kami lagi untuk ke sini..

Air mata tumpah lagi saat berpisah dengan Rasulullah.

Maghrib kali ini , kami solat di hotel secara berjamaah di ruang yang disediakan. Dan terus menaiki bas untuk ke Airport Madinah@Prince Mohammad Bin Abdul Aziz International Airport .

Semua barang kami masuk kargo atas arahan pengurusan.. Alhamdulillah. Kami hanya bawa beg sandang sahaja.



























 

04/10/2016 hari ketiga puluh sembilan = 03 Muharam 1438H

Pukul 12.15 pagi ini , kami telah berada di dalam flight Saudi Air untuk pulang ke tanah air.

Selamat tinggal Al-Haramain..Ku pasti merinduimu ..Jemput kami lagi ya Allah.

Ya Allah, terimalah haji kami sebagai haji yang mabrur… itu adalah hajat kami , ku dambakan syurgaMu ya Rabb…


Sekian catatan panjang ku , kenangan terindah sepanjang hayatku.

27 Ogos  –  4 Oktober 2016= 24 Zulkaedah 1437H – 3 Muharam 1438H

39 hari  terindah .

 

26 Julai 2020= 5 Zulhijjah 1441Hijrah

Catatan Rindu Si Dhuyufurrahman@zam.zie 













Comments

Popular posts from this blog

DOA KHATAM QURAN